Tuesday 7 January 2014

KEJUTAN TAHUN 2014 !

Assalammualaikum,

dah 7 haribulan baru terhegeh2 nak update blog.
apa hal la lama benor nak update blog.

Kisahnya bermula november 2013 hingga awal januari saya sibuk dengan anak-anak. Semuanya ada di rumah. ramai ker anak? ...oh tak ramai pon, 4 orang je. Jadi bila cuti sekolah ni, mula la mereka mintak perhatian daripada maknya. sampai anak yang ke 3 dok tarik-tarik saya jgn buat kuih. dia ajak dok dengan dia tengok tv. memang la geram..sebab kita nak siapkan order tp dia nak di layan.

bila melihat muka anak, simpati yang datang, kesian betul mereka ni. duduk di bandar bukan bole keluar rumah sesuka hati. bahaya menanti adalah. jadi, anak2 terperap dlm rumah. sampai depa naik muak tengok tv, tengok fb dan main games. penyudahnya, setiap petang saya bawak mereka ke taman permainan. kesian betul nasib anak2 di bandar. tak bebas bermain di luar rumah. Dulu saya bebas bermain depan rumah ni. skang, takut orang culik, takut orang gila kacau.

jadi, penghujung 2013 saya banyak perlahankan aktiviti, sales pon drop giler. takde orang beli hahaha. tapi saya bahagia dapat beri perhatian pada anak, jenjalan. mereka happy saya lagi happy. hilang rasa bersalah pada anak

Haish..panjang citer ...so apa kejutan 2014

2 minggu sebelum 2014, saya dapat rasakan perubahan dlm diri saya.
rasa cam ne tu. Badan sakit-sakit, tangan pulak naik ruam, pastu rasa nak muntah je.
Macam pelik je, macam simptom tu je, macam sama je simptom yang dulu...
tak mungkin

so, 4 januari aritu, suami belikan pregnancy test. fuh CONFIRM ! 2 line keluar.

so, sy terus pe klinik buat ultrasound, ...CONFIRM kali ke 2...dah 5 minggu 1 hari kata doktor
then duenya 5 september 2014.

itulah kejutan terbesar di awal tahun 2014, sbb sy tak menjangkakan perkara ini.
Alhamdulillah, rezeki Allah beri, tak mungkin sy tolak.

Doakan saya sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Izzah Hms
Pengasas Passionate About Cheese
 0129315062

Wednesday 9 October 2013

DR AZIZAN OSMAN PUNYA PASAL, saya bongkar RAHSIA CHEESE TAT NI!

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, semalam berlangsung kelas pertama saya.
Kelas apa yer? Oh, kelas cheese tat

Eh, itu pon kena belajar ker? kat internet kan banyak resepi? buat je la.
Ok, takde masalah pada saya. terpulang pada setiap individu bagaimana dia nak belajar.

Belajar ilmu percuma kan bagus.
Belajar dengan guru lagi bagus.
Belajar dengan pengalaman TIADA HARGA !

Ya, saya telah membuat dan menjual cheese tat sejal 2007 -sekarang
agak2 la berapa banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang tempoh tu. Ada orang boleh beli tak nilai pengalaman saya?

Buat cheese tat tu mudah je.TAPI mesti anda tertanya
1. kenapa cheese tat saya tak garing ? kenapa pastri tu pecah?
2. kenapa cheese tat saya tak licin permukaan nya
3. kenapa cheese tat saya ada lubang-lubang
4. kenapa bila saya bakar cheese tat saya mendap ke dalam?
5. kenapa pastri saya tak sedap dan rangup?
6. kenapa filling saya tak sedap dan tak cantik?
7.macam mana nak menulis di atas cheese tat?
8. macam mana nak buat drizzle, circle, love, star atas cheese tat
9 - 100 soalan, kenapa dan mengapa tu saya bole jawap
sebab saya

PAKAR CHEESE TAT (yer la sangat ..hohoho)

Siapa guru saya? GURU SAYA IALAH MAKCIK SAYA...sy panggil dia MAK INDUK (glamer la makcik aku ni...masuk blog lagi)

Dia ajar saya resepi tu sebab saya SANGAT SUKA MAKAN CHEESE TAT dia.
Tiap kali dia buat saya akan perabih kan cheese tat dia.
Pastu lama-lama dia kata KO BELAJAR JE LAH ...hahah dia dah malas nak layan saya la tu

Saya ni kalo suka makanan tersebut, saya akan belajar RESEPI tu. Kalo belajar dengan mak, mak sedara, mmg dorang kasi FREE resepi la...TAPI RESEPI SEBENAR TU SY DAH UBAH 90%!

sebab saya ubah? ..sebab saya nak rasa yang MENGIKUT KEHENDAK SAYA!

setelah lama saya buat cheese tat, sebenarnya ramai yang bertanya RESEPI DAN MAHU BELAJAR.
dulu dulu saya tak mengajar resepi saya SEBAB, MENTALITI SAYA - RESEPI SAYA RAHSIA SAYA- HAK SAYA

now, DR AZIZAN OSMAN PUNYA PASAL, saya bongkar RAHSIA CHEESE TAT NI!

sebab, dia kata BERDOSA tak bantu orang lain!

Apsal pulak nak tolong orang lain?
Ada orang lain tolong aku masa susah?
Ada orang lain tolong aku masa aku takde keje dulu?
Ada orang lain tolong aku masa aku takde duit nak beli susu dan pampers anak?
Ada orang lain tolong aku masa majikan aku tak bayar gaji 5 bulan?
Ada orang lain tolong aku ke???

JAWAPAN nya ialah, SBB AKU TAK BANTU ORANG LAIN LA, ORANG LAIN TAK BANTU AKU!

YES! SEKARANG MINDA AKU TERBUKA, MINDA AKU MENCARI-CARI ORANG YANG NAK AKU BANTU!

orang pertama saya bantu semalam, ialah sahabat saya sendiri, di mana dia akan tinggal di negara asing dan antara tugasan dia menyediakan makanan halal. so dia cari saya dan kebetulan saya mencari orang.

Dan, dia antara orang yang belajar melalui resepi juga, tetapi TERKEJUT sbb ada bahan yang saya gunakan yang dia tak jangka! .sbb tu saya kata RESEPI CHEESE TAT saya terbongkar!

ok...kita sambung kemudian, saya terpaksa beransur sbb nak jumpa customer yang nak beli BISKUT ALMOND ROCHER SAYA ni

BISKUT ALMOND ROCHER RM27/42 biji ..AGEN DI KEHENDAKI

TO BE CONTINUE...

Izzah hms
PAKAR CHEESE TAT
Pengasas Passionate About Cheese
http://travelog-izzah.blogspot.com



Monday 7 October 2013

SAYA NAK TAHU BAGAIMANA WANG BOLEH BERANAK!


Saya pernah di tanya macam mana bole tiba-tiba bole jadi bakers? Jadi usahawan.

Kawan sekolah, kawan universiti yang kenal karakter saya, memang tak percaya saya bole jadi bakers.

Di sekolah, saya suka aktiviti bersukan dan badan beruniform - pengakap, form 4 ada la terbabit dlm kelab usahawan, pernah la menjual produk.Tapi waktu tu tak develop pon sifat2 usahawan sejati.

Jika di tanya, saya nak kerja apa selepas graduate?
Saya nak kerja makan gaji je, keje yg duduk depan komputer, tak jumpa orang. Tak mo deal dengan orang - serius, ini lah jawapan yg saya beri tiap kali sedara mara ,kawan tanya saya.

Tak terdetik pon dalam hati, satu hari saya nak jadi USAHAWAN - never beb.

Jadi, camne pulak saya boleh terlibat?
Manusia ni bole ubah takdir JIKA KITA MAHUKAN IA BERUBAH.

Saya pernah kata MENTOR saya ialah SUAMI saya sendiri.
Dialah punca saya terlibat dalam perniagaan.
Suami saya seorang yang OTAK BISNES. 1 batang pen pon bole jadi duit untuk dia. Jumpa kerepek, buah, buku, makanan, semua boleh di niagakan

Satu hari saya tanya dia "Kenapa awak ni suka sangat bisnes?, jumpa apa barang pon semua awak nak jual"
Apa dia jawap?


Dia jawap, "Cuba Izzah beranakan duit tu". Simple jawapan dia.Lepas tu, apa saya buat?

Saya pergi ke pasaraya Cowboy di Melaka, (tahun 2004, sy tinggal di Melaka)
Saya beli beberapa jenis junk food macam twister, super ring, green pea dll. Bermodalkan RM30 semuanya. Saya pon jual di hadapan rumah. Biasanya budak2 sekolah akan lalu di hadapan rumah dan mereka suka beli makanan macam ni.

Motif saya ialah, SAYA NAK TAHU BAGAIMANA WANG BOLEH BERANAK!

Kemudian apa terjadi?
Modal di keluarkan RM30, setelah habis semua junk food di jual, saya pon kira HASIL JUALAN. hmmm DAPAT RM70 semuanya. UNTUNG = HASIL- MODAL. so saya dah UNTUNG RM40 la !!!!

Best tak? WANG BOLEH BERANAK!

Jadi, apa yang berlaku kepada saya selepas saat itu?
YA, BETUL....saya TAK BERHENTI BERANAKAN WANG DENGAN BERNIAGA

..bersambung dengan episod, SAYA BERNIAGA KERANA ANAK.

'Hidup ini bestkan?"

Izzah.hms
Wang bole beranak
http://travelog-izzah.blogspot.com

Friday 4 October 2013

ANDA SANGGUP BERKORBAN TAK?

Selamat Petang :)

Baru dapat bukak laptop, respon pada customer di FB Pages, sms, wassap
Alhamdulillah, bisnes ada masa NAIK, TURUN...tapi ALLAH tetap cukupkan rezeki saya setiap bulan.

Semasa memandu dari KL- PUTRAJAYA untuk menghantar tempahan, sy terfikir.

"Apa pasal aku nak anta tempahan jauh2 begini?"
"Nape aku tak reject je order ni?"
"Kan bagus kalau ada despatch boy anta ke Putrajaya"
Bila sampai ke Putrajaya, SESAT PULAK !!!!, dah tu certain area takde coverage line phone plak!!!!

Satu perkataan muncul di kepada saya, apa yang saya lakukan ini, namanya BERKORBAN!

YES! BETUL...KENAPA?

Bila saya fikir balik, PERNIAGAAN saya mula sebab MINAT, bila minat tu terlalu mendalam, saya BERKORBAN WANG RINGGIT untuk modal, ilmu, masa yang tak bole di jual beli. Saya lakukan PENGORBANAN BESAR bila masa saya bersuka-suka, hampir tiada langsung. Setiap masa, di manfaatkan untuk keluarga dan perniagaan.

BESAR SANGAT KE PERGORBANAN TU?

Bergantung kepada seseorang individu tu.
Ada orang kena korbankan RM100 pon dah di kira pengorbanan BESAR, sbb dlm poket dia ada RM100 je.
Ada orang, kena korbankan RM100 tu KECIL, sebab dalam bank dia ada banyak kosong, kosong,kosong

Pada saya, pengorbanan saya untuk PELANGGAN, sangat kecil.
TAHUKAH ANDA?
Ada pelanggan saya dari Damansara, Putrajaya, Kajang, Bangi, USJ, PJ, Klang, Shah Alam, Kepong, Selayang, Gombak, Nilai, Melaka, ...banyak betul.

MEREKA SANGUP  DATANG KE KL, SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN CHEESE TAT !

Saya tabik pada mereka, they are great people!. Terima kasih semua. Saya tidak mungkin mensia-siakan permintaan mereka, Saya buat yang terbaik. 

Jadi saya akan terus berKORBAN demi MINAT, PERNIAGAAN dan PELANGGAN saya.

Dalam masa yang sama, saya PASTI...tidak mengabaikan KELUARGA SAYA

"Hidup ini bestkan?"

Izzah.hms
My passion is business
travelog-izzah.blogspot.com 






Thursday 3 October 2013

IMPAK PERKATAAN " CUBA ", "TRY"

Hari ni hari yang letih bagi saya..
sama seperti setiap hari, RUTIN HIDUP SAYA SEBAGAI..
 

seorang isteri kepada suami bekerjaya
seorang ibu kepada 4 ORANG anak saya
seorang anak kepada kedua ibu bapa saya
seorang HOMEBAKER, yang menjalankan perniagaan di rumah


sepatutnya tiada perkataan LETIH dlm hidup.tapi hakikatnya saya sangat letih mental dan fizikal.

LETIH MENTAL memikirkan hal bisnes, hal anak2, hal ibu bapa, hal suami, hal pekerja dan pelbagai perkara lagi. Berfikir itu perkara wajib, tapi kena bijak mengelakan pemikiran negatif singgah di fikiran saya.

LETIH FIZIKAL pula semua pekerjaan kita lakukan sendiri,bangun seawal 5pg, siapkan sarapan anak, siapkan anak ke sekolah, kemas rumah, basuh baju,sidai baju, kemas bilik,

sbg HOMEMADE BAKER pula, nak keluar beli stok siapkan tempahan, menghantar tempahan kepada pelanggan,balik rumah kemas semula peralatan yg di gunakan, cuci lantai dan sebagainya
Sekarang jam 1030mlm, sejam yang lalu saya baru selesai menjawap segala sms, wassap dari customer. Saya dapat rasakan, customer sy marah bila saya tidak menjawap dgn kadar segera.
Tapi apakan daya saya, saya belum mampu upah pekerja utk ambil alih tugas saya.

TAPI, impak perkataan CUBA...

Saya CUBA untuk uruskan masa saya lebih efektif selepas ini
Saya CUBA untuk uruskan perniagaan dengan lebih sistematik
Saya CUBA untuk pastikan pelanggan saya di jaga dengan lebih baik
Saya CUBA untuk pastikan anak2 saya sentiasa mendapat perhatian saya
Saya CUBA untuk pastikan saya akan selalu menjenguk mak ayah saya walaupon sekadar bertanya "MAK SIHAT?,AYAH BUAT APA?"
Saya CUBA untuk pastikan pakaian,makan minumnya ada walaupun air 3 IN 1 je
Saya CUBA untuk pastikan pekerja saya mendapat upahnya dan dia selesa bekerja dengan saya
Saya CUBA untuk pastikan RUMAH saya bersih supaya pelanggan yakin dgn tahap kebersihan rumah saya, sy HOME BAKER kan?
Saya CUBA untuk pastikan sms/ wassap di jawap walaupon byk typing error lol
Saya CUBA...
Saya CUBA...
Saya CUBA...

 
IMPAK PERKATAAN CUBA NI, BESAR ERTINYA PADA DIRI SAYA

kerana CUBA lah saya jadi PENIAGATERLIBAT DALAM PERNIAGAAN SECARA SERIUS,
kerana CUBA lah saya jadi BERANI BERNIAGA
kerana CUBA lah saya jadi BERANI TANGGUNG RISIKO PERNIAGAAN
kerana CUBA lah saya jadi PAKAR CHEESE TAT
kerana CUBA lah saya jadi LEBIH BERFIKIRAN JAUH, SAYA MAHU JADI JUTAWAN
kerana CUBA lah saya jadi LEBIH YAKIN DGN DIRI SENDIRI


CUBA ANDA GUNA PERKATAAN CUBA INI SETIAP HARI, ANDA LAKUKAN, ANDA LIHAT HASILNYA
OH..ANDA DAH CUBA, ANDA TAHU HASILNYA, ESOK MUNGKIN ANDA JADI PENIAGA TEGAR SEPERTI SY...


SO, CUBA ELAKKAN "TAK TAHU", "TAK MAHU", "ENTAH"


"HIDUP INI BESTKAN? "




Izzah.hms
Writer
travelog-izzah.blogspot.com

Monday 30 September 2013

MENTOR NO.1

Mentor No. 1 di hati saya bukan DR AZIZAN OSMAN

TETAPI

ARDI PUTRA BIN DAROS
Suami,Ayah, Sahabat Karib saya.

Dia lah MENTOR NO.1 saya sebenarnya.

KENAPA EK?

Kerana dia saya cuba berbisnes
Kerana dia saya jadi taksub berbisnes
Kerana dia saya keluar dari tempurung (dulu katak dlm tempurung)
Kerana dia saya menjadi luar biasa
Kerana dia saya hentam je dalam bisnes
Kerana dia saya sanggup ke KL seorang diri semata-mata mencari barang untuk di jual
Kerana dia saya sanggup lupakan Ijazah yang saya pegang
Kerana dia saya sanggup keluarkan banyak modal...rasa2 kalo dah 6 tahun berniaga RM200k dah abis
Kerana dia saya berani buat pelbagai bisnes

Berapa banyak kerana dia la...bole buat lagu nih

KENAPA DIA INSPIRASI SAYA?

Ada kisah dia. Tapi simpan dulu.Esok , lusa tulat saya cerita juga.
Sediakan TISU skali hahah

"HIDUP INI INDAHKAN?" ... 

Tapi Dr Azizan Osman tetap 
Mentor Pemasaran No.1 di Asia


Sunday 29 September 2013

Sayalah penulis itu.

Nama :                    Nur Izzah Hj Mohd Saleh
Jawatan sekarang:  Pengurus Wonderful Touch Enterprise
Lokasi kedai :         Rumah je, di Taman Keramat AU2
Nama Brand:          Passionate About Cheese

 Kepakaran saya menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh kebanyakan pengemar 'dessert' yang inginkan kualiti produk yang segar, sedap di makan dan halal.

Kebanyakan produk-produk 'dessert' yang di jual di hypermarket selalunya telah di sediakan terlalu awal sehinggakan kesegaran kualiti produk tidak dapat di nikmati sepenuhnya oleh pengemar dessert atau pelanggan.

Oleh itu, di Passionate About Cheese anda akan dapat menikmati kesegaran, kualiti produk yang halal.

Kami menawarkan produk-produk seperti cheese tat, coklat cheese tat, coklat strawberry cheese tat, tat buah, brownies, pavlova, durian crepe, chezy lopez dan Biskut Almond Rocher. Kesemua produk di buat secara HOMEMADE.

Berapa ramai yang suka produk buatan muslim lagi halal serta sedap berkualiti dan segar.
Hubungi saya sekarang untuk khidmat bantuan

Izzah 012-9315062