Monday 30 September 2013

MENTOR NO.1

Mentor No. 1 di hati saya bukan DR AZIZAN OSMAN

TETAPI

ARDI PUTRA BIN DAROS
Suami,Ayah, Sahabat Karib saya.

Dia lah MENTOR NO.1 saya sebenarnya.

KENAPA EK?

Kerana dia saya cuba berbisnes
Kerana dia saya jadi taksub berbisnes
Kerana dia saya keluar dari tempurung (dulu katak dlm tempurung)
Kerana dia saya menjadi luar biasa
Kerana dia saya hentam je dalam bisnes
Kerana dia saya sanggup ke KL seorang diri semata-mata mencari barang untuk di jual
Kerana dia saya sanggup lupakan Ijazah yang saya pegang
Kerana dia saya sanggup keluarkan banyak modal...rasa2 kalo dah 6 tahun berniaga RM200k dah abis
Kerana dia saya berani buat pelbagai bisnes

Berapa banyak kerana dia la...bole buat lagu nih

KENAPA DIA INSPIRASI SAYA?

Ada kisah dia. Tapi simpan dulu.Esok , lusa tulat saya cerita juga.
Sediakan TISU skali hahah

"HIDUP INI INDAHKAN?" ... 

Tapi Dr Azizan Osman tetap 
Mentor Pemasaran No.1 di Asia


Sunday 29 September 2013

Sayalah penulis itu.

Nama :                    Nur Izzah Hj Mohd Saleh
Jawatan sekarang:  Pengurus Wonderful Touch Enterprise
Lokasi kedai :         Rumah je, di Taman Keramat AU2
Nama Brand:          Passionate About Cheese

 Kepakaran saya menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh kebanyakan pengemar 'dessert' yang inginkan kualiti produk yang segar, sedap di makan dan halal.

Kebanyakan produk-produk 'dessert' yang di jual di hypermarket selalunya telah di sediakan terlalu awal sehinggakan kesegaran kualiti produk tidak dapat di nikmati sepenuhnya oleh pengemar dessert atau pelanggan.

Oleh itu, di Passionate About Cheese anda akan dapat menikmati kesegaran, kualiti produk yang halal.

Kami menawarkan produk-produk seperti cheese tat, coklat cheese tat, coklat strawberry cheese tat, tat buah, brownies, pavlova, durian crepe, chezy lopez dan Biskut Almond Rocher. Kesemua produk di buat secara HOMEMADE.

Berapa ramai yang suka produk buatan muslim lagi halal serta sedap berkualiti dan segar.
Hubungi saya sekarang untuk khidmat bantuan

Izzah 012-9315062

PERJALANAN SEORANG USAHAWAN

Menarik ke tajuk tu? 
Ada ke orang nak baca?


Kata guru saya "HENTAM JE, YANG PENTING KITA BUAT" -Dr Azizan Osman

Ya, ini adalah satu perkara dari 1001 perkara yang ingin saya lakukan. Menulis biografi sendiri yang saya namakan travelog-izzah. Nama blog ni pon, lama saya fikirkan. Walaubagaimanapun, ia mmg sesuai dengan apa yang ingin saya kongsikan.

Sy tidak glamer, tapi perniagaan saya dikenali di FACEBOOK. Walaupun belum ramai LIKE, tp saya ramai pelanggan yang setia dengan saya. TERIMA KASIH BANYAK2 kepada mereka yang memberi sokongan dan dorongan, Mereka-mereka inilah yang banyak membantu mengembangkan perniagaan saya dari PERLIS hingga ke SABAH.

Saya baru pulang dari menyertai seminar INTESIF JUTAWAN INDUSTRI dari 27-29 September 2013 bertempat di Dewan Tun Razak 2. Seramai 4000 peserta membanjiri program ini. Majoriti mereka yang hadir ialah MELAYU BUMIPUTRA...bukan BUMIPUTRA ROCKERS ek. 
Masya-Allah, ramai giler yang berasak-asak untuk menuntut ilmu dengan Mentor Pemasaran No.1 di Asia, DR AZIZAN OSMAN.

Kenapa mamat gemuk nih eh?
Kenapa nak pergi seminar dia eh?
Kenapa nak belajar dengan dia eh?
Dia dah KAYA buat apa ko melabur dengan dia lagi?
Kenapa orang sanggup bayar ribu-ribu untuk dia? Sebab tu la dia jadi JUTAWAN!

Saya pernah bertanya dengan orang yang TIDAK PERNAH HADIR KE SEMINAR DR AZIZAN OSMAN, kenapa kau tak pergi ke seminar dia? ...jawapan sy terima ialah, DIA TU PENIPU.

So, apa tindakan saya?

PEKAK KAN TELINGA, MASUK SEMINAR, BELAJAR ILMU DIA

Masalah masyarakat kita (Melayu), TIDAK SENANG MELIHAT ORANG LAIN SENANG!
Tapi 

GURU SAYA DAO, TIDAK BERPUTUS ASA MEMARTABATKAN USAHAWAN SUPAYA ANDA DAPAT MEMENUHI IMPIAN !

Saya rahsiakan dulu ilmu berharga yang saya pelajari dari DAO, biarlah saya praktiskan dahulu, saya laksanakan dahulu, kemudian saya akan perlahan-lahan membantu anda, Boleh boleh?

SAYA BERJANJI, DI DALAM TRAVELOG -IZZAH anda akan jumpa ilmu berguna.

ITU JANJI SAYA





















Izzah.hms
Pengasas
Passionate About Cheese
012-93150632