Tuesday 7 January 2014

KEJUTAN TAHUN 2014 !

Assalammualaikum,

dah 7 haribulan baru terhegeh2 nak update blog.
apa hal la lama benor nak update blog.

Kisahnya bermula november 2013 hingga awal januari saya sibuk dengan anak-anak. Semuanya ada di rumah. ramai ker anak? ...oh tak ramai pon, 4 orang je. Jadi bila cuti sekolah ni, mula la mereka mintak perhatian daripada maknya. sampai anak yang ke 3 dok tarik-tarik saya jgn buat kuih. dia ajak dok dengan dia tengok tv. memang la geram..sebab kita nak siapkan order tp dia nak di layan.

bila melihat muka anak, simpati yang datang, kesian betul mereka ni. duduk di bandar bukan bole keluar rumah sesuka hati. bahaya menanti adalah. jadi, anak2 terperap dlm rumah. sampai depa naik muak tengok tv, tengok fb dan main games. penyudahnya, setiap petang saya bawak mereka ke taman permainan. kesian betul nasib anak2 di bandar. tak bebas bermain di luar rumah. Dulu saya bebas bermain depan rumah ni. skang, takut orang culik, takut orang gila kacau.

jadi, penghujung 2013 saya banyak perlahankan aktiviti, sales pon drop giler. takde orang beli hahaha. tapi saya bahagia dapat beri perhatian pada anak, jenjalan. mereka happy saya lagi happy. hilang rasa bersalah pada anak

Haish..panjang citer ...so apa kejutan 2014

2 minggu sebelum 2014, saya dapat rasakan perubahan dlm diri saya.
rasa cam ne tu. Badan sakit-sakit, tangan pulak naik ruam, pastu rasa nak muntah je.
Macam pelik je, macam simptom tu je, macam sama je simptom yang dulu...
tak mungkin

so, 4 januari aritu, suami belikan pregnancy test. fuh CONFIRM ! 2 line keluar.

so, sy terus pe klinik buat ultrasound, ...CONFIRM kali ke 2...dah 5 minggu 1 hari kata doktor
then duenya 5 september 2014.

itulah kejutan terbesar di awal tahun 2014, sbb sy tak menjangkakan perkara ini.
Alhamdulillah, rezeki Allah beri, tak mungkin sy tolak.

Doakan saya sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Izzah Hms
Pengasas Passionate About Cheese
 0129315062

1 comment:

  1. Tahniah.

    InshaaAllah bertambah-tambah lagi rezeki lepas ni.

    -siti ,
    Graduan imkkdec2013 dan Amp2013
    Pakar produk songket
    Http://facebook.com/hannahbridal

    ReplyDelete