Friday 4 October 2013

ANDA SANGGUP BERKORBAN TAK?

Selamat Petang :)

Baru dapat bukak laptop, respon pada customer di FB Pages, sms, wassap
Alhamdulillah, bisnes ada masa NAIK, TURUN...tapi ALLAH tetap cukupkan rezeki saya setiap bulan.

Semasa memandu dari KL- PUTRAJAYA untuk menghantar tempahan, sy terfikir.

"Apa pasal aku nak anta tempahan jauh2 begini?"
"Nape aku tak reject je order ni?"
"Kan bagus kalau ada despatch boy anta ke Putrajaya"
Bila sampai ke Putrajaya, SESAT PULAK !!!!, dah tu certain area takde coverage line phone plak!!!!

Satu perkataan muncul di kepada saya, apa yang saya lakukan ini, namanya BERKORBAN!

YES! BETUL...KENAPA?

Bila saya fikir balik, PERNIAGAAN saya mula sebab MINAT, bila minat tu terlalu mendalam, saya BERKORBAN WANG RINGGIT untuk modal, ilmu, masa yang tak bole di jual beli. Saya lakukan PENGORBANAN BESAR bila masa saya bersuka-suka, hampir tiada langsung. Setiap masa, di manfaatkan untuk keluarga dan perniagaan.

BESAR SANGAT KE PERGORBANAN TU?

Bergantung kepada seseorang individu tu.
Ada orang kena korbankan RM100 pon dah di kira pengorbanan BESAR, sbb dlm poket dia ada RM100 je.
Ada orang, kena korbankan RM100 tu KECIL, sebab dalam bank dia ada banyak kosong, kosong,kosong

Pada saya, pengorbanan saya untuk PELANGGAN, sangat kecil.
TAHUKAH ANDA?
Ada pelanggan saya dari Damansara, Putrajaya, Kajang, Bangi, USJ, PJ, Klang, Shah Alam, Kepong, Selayang, Gombak, Nilai, Melaka, ...banyak betul.

MEREKA SANGUP  DATANG KE KL, SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN CHEESE TAT !

Saya tabik pada mereka, they are great people!. Terima kasih semua. Saya tidak mungkin mensia-siakan permintaan mereka, Saya buat yang terbaik. 

Jadi saya akan terus berKORBAN demi MINAT, PERNIAGAAN dan PELANGGAN saya.

Dalam masa yang sama, saya PASTI...tidak mengabaikan KELUARGA SAYA

"Hidup ini bestkan?"

Izzah.hms
My passion is business
travelog-izzah.blogspot.com 






No comments:

Post a Comment