Thursday 3 October 2013

IMPAK PERKATAAN " CUBA ", "TRY"

Hari ni hari yang letih bagi saya..
sama seperti setiap hari, RUTIN HIDUP SAYA SEBAGAI..
 

seorang isteri kepada suami bekerjaya
seorang ibu kepada 4 ORANG anak saya
seorang anak kepada kedua ibu bapa saya
seorang HOMEBAKER, yang menjalankan perniagaan di rumah


sepatutnya tiada perkataan LETIH dlm hidup.tapi hakikatnya saya sangat letih mental dan fizikal.

LETIH MENTAL memikirkan hal bisnes, hal anak2, hal ibu bapa, hal suami, hal pekerja dan pelbagai perkara lagi. Berfikir itu perkara wajib, tapi kena bijak mengelakan pemikiran negatif singgah di fikiran saya.

LETIH FIZIKAL pula semua pekerjaan kita lakukan sendiri,bangun seawal 5pg, siapkan sarapan anak, siapkan anak ke sekolah, kemas rumah, basuh baju,sidai baju, kemas bilik,

sbg HOMEMADE BAKER pula, nak keluar beli stok siapkan tempahan, menghantar tempahan kepada pelanggan,balik rumah kemas semula peralatan yg di gunakan, cuci lantai dan sebagainya
Sekarang jam 1030mlm, sejam yang lalu saya baru selesai menjawap segala sms, wassap dari customer. Saya dapat rasakan, customer sy marah bila saya tidak menjawap dgn kadar segera.
Tapi apakan daya saya, saya belum mampu upah pekerja utk ambil alih tugas saya.

TAPI, impak perkataan CUBA...

Saya CUBA untuk uruskan masa saya lebih efektif selepas ini
Saya CUBA untuk uruskan perniagaan dengan lebih sistematik
Saya CUBA untuk pastikan pelanggan saya di jaga dengan lebih baik
Saya CUBA untuk pastikan anak2 saya sentiasa mendapat perhatian saya
Saya CUBA untuk pastikan saya akan selalu menjenguk mak ayah saya walaupon sekadar bertanya "MAK SIHAT?,AYAH BUAT APA?"
Saya CUBA untuk pastikan pakaian,makan minumnya ada walaupun air 3 IN 1 je
Saya CUBA untuk pastikan pekerja saya mendapat upahnya dan dia selesa bekerja dengan saya
Saya CUBA untuk pastikan RUMAH saya bersih supaya pelanggan yakin dgn tahap kebersihan rumah saya, sy HOME BAKER kan?
Saya CUBA untuk pastikan sms/ wassap di jawap walaupon byk typing error lol
Saya CUBA...
Saya CUBA...
Saya CUBA...

 
IMPAK PERKATAAN CUBA NI, BESAR ERTINYA PADA DIRI SAYA

kerana CUBA lah saya jadi PENIAGATERLIBAT DALAM PERNIAGAAN SECARA SERIUS,
kerana CUBA lah saya jadi BERANI BERNIAGA
kerana CUBA lah saya jadi BERANI TANGGUNG RISIKO PERNIAGAAN
kerana CUBA lah saya jadi PAKAR CHEESE TAT
kerana CUBA lah saya jadi LEBIH BERFIKIRAN JAUH, SAYA MAHU JADI JUTAWAN
kerana CUBA lah saya jadi LEBIH YAKIN DGN DIRI SENDIRI


CUBA ANDA GUNA PERKATAAN CUBA INI SETIAP HARI, ANDA LAKUKAN, ANDA LIHAT HASILNYA
OH..ANDA DAH CUBA, ANDA TAHU HASILNYA, ESOK MUNGKIN ANDA JADI PENIAGA TEGAR SEPERTI SY...


SO, CUBA ELAKKAN "TAK TAHU", "TAK MAHU", "ENTAH"


"HIDUP INI BESTKAN? "




Izzah.hms
Writer
travelog-izzah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment