Monday 7 October 2013

SAYA NAK TAHU BAGAIMANA WANG BOLEH BERANAK!


Saya pernah di tanya macam mana bole tiba-tiba bole jadi bakers? Jadi usahawan.

Kawan sekolah, kawan universiti yang kenal karakter saya, memang tak percaya saya bole jadi bakers.

Di sekolah, saya suka aktiviti bersukan dan badan beruniform - pengakap, form 4 ada la terbabit dlm kelab usahawan, pernah la menjual produk.Tapi waktu tu tak develop pon sifat2 usahawan sejati.

Jika di tanya, saya nak kerja apa selepas graduate?
Saya nak kerja makan gaji je, keje yg duduk depan komputer, tak jumpa orang. Tak mo deal dengan orang - serius, ini lah jawapan yg saya beri tiap kali sedara mara ,kawan tanya saya.

Tak terdetik pon dalam hati, satu hari saya nak jadi USAHAWAN - never beb.

Jadi, camne pulak saya boleh terlibat?
Manusia ni bole ubah takdir JIKA KITA MAHUKAN IA BERUBAH.

Saya pernah kata MENTOR saya ialah SUAMI saya sendiri.
Dialah punca saya terlibat dalam perniagaan.
Suami saya seorang yang OTAK BISNES. 1 batang pen pon bole jadi duit untuk dia. Jumpa kerepek, buah, buku, makanan, semua boleh di niagakan

Satu hari saya tanya dia "Kenapa awak ni suka sangat bisnes?, jumpa apa barang pon semua awak nak jual"
Apa dia jawap?


Dia jawap, "Cuba Izzah beranakan duit tu". Simple jawapan dia.Lepas tu, apa saya buat?

Saya pergi ke pasaraya Cowboy di Melaka, (tahun 2004, sy tinggal di Melaka)
Saya beli beberapa jenis junk food macam twister, super ring, green pea dll. Bermodalkan RM30 semuanya. Saya pon jual di hadapan rumah. Biasanya budak2 sekolah akan lalu di hadapan rumah dan mereka suka beli makanan macam ni.

Motif saya ialah, SAYA NAK TAHU BAGAIMANA WANG BOLEH BERANAK!

Kemudian apa terjadi?
Modal di keluarkan RM30, setelah habis semua junk food di jual, saya pon kira HASIL JUALAN. hmmm DAPAT RM70 semuanya. UNTUNG = HASIL- MODAL. so saya dah UNTUNG RM40 la !!!!

Best tak? WANG BOLEH BERANAK!

Jadi, apa yang berlaku kepada saya selepas saat itu?
YA, BETUL....saya TAK BERHENTI BERANAKAN WANG DENGAN BERNIAGA

..bersambung dengan episod, SAYA BERNIAGA KERANA ANAK.

'Hidup ini bestkan?"

Izzah.hms
Wang bole beranak
http://travelog-izzah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment